Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14
tahun atas tuduhan merogol tiga beradik perempuan berusia antara tujuh
hingga sembilan tahun yang juga jirannya yang terletak di daerah Aranyaprathet, Thailand.
Polis dipanggil ke rumah remaja itu dan mendapati 20 penduduk kampung sudah mengepung kediaman.
Penghulu Aranyaprathet, Sungwarn Lakunplearn berkata, suspek memujuk
tiga beradik itu untuk bermain di dalam timbunan rumput kering
berhampiran rumah mereka pada tengah hari Sabtu lalu.
Remaja itu dikatakan mengakui terangsang selepas bermain dengan
kanak-kanak terbabit sebelum membawa adik bongsu mereka ke tempat
tersorok dan merogolnya.
Dia kemudian melakukan perkara sama kepada dua kakak mangsa. Semua mangsa tidak faham apa yang dilakukannya kepada mereka.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya yang terus mengadu kepada Sungwarn.
Timbalan Ketua Polis Aranyaprathet, Kapten Chaiya Maneesoot berkata,
pegawai dari Pejabat Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial Sa Kaeo
akan menghadiri sesi soal siasat suspek dan mangsa disebabkan semuanya
masih bawah umur. – Agensi