ALOR SETAR - Tiga empangan utama Ahning, Pedu dan Muda bukan penyebab
berlakunya banjir di beberapa kawasan di Kedah sebaliknya, berpunca
daripada lembangan sungai yang melimpah akibat air hujan.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan membuka pintu air secara berkala bagi mengelakkan lembangan sungai melimpah sehingga menyebabkan banjir di kawasan lembangan sungai.
Menurutnya, kapasiti air di tiga empangan Pedu (93.87meter), Ahning (119.48 meter) masih berada dalam keadaan terkawal bagaimanapun Muda mengalami sedikit limpahan apabila air mencatat ke paras 101.19 meter daripada kemampuan sebenar 100.58 meter sekali gus menyebabkan lembangan sungai di bawah melimpah dan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Padang Terap.
“Air di kawasan utara Kedah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar dan lain-lain masih berada dalam keadaan terkawal kerana pintu air telah dibuka di Sungai Arau, Lana Bulu dan lain-lain sejak dua minggu yang lalu apabila mendapat ramalan hujan lebat.
“Kita masih boleh menampung air hujan yang turun sekiranya hujan tidak turun secara luar biasa, kerana penggunaan empangan kita rata-rata sebanyak 81 peratus sahaja,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini sedang bersiap sedia menghadapi banjir dengan melakukan penyenaraian dan pendaftaran aset seperti bot, lori dan sebagainya.
“Kita arahkan semua di bawah kementerian termasuk LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan sebagainya melakukan pendaftar segera supaya mudah untuk kita gerakkan sekiranya berlaku banjir,” katanya.

Sumber: Sinar Harian