Sepatutnya Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi meletak jawatan di
dalam pertubuhan itu. Sewajarnya begitu. Rasionalnya, seorang pemimpin
PAS akur pada keputusan Majlis Syura parti yang menasihatkan jemaahnya
supaya tidak terlibat dengan PasMa.
Namun sekiranya Phahrolrazi lebih sayangkan PasMa yang diketuainya itu, dia boleh keluar dari PAS secara terhormat dan sekaligus meletak semua jawatan yang disandangnya di dalam parti itu. Moleknya begitu sekiranya dia enggan.
Baru-baru ini, setelah diteliti dan dikaji oleh Majlis Syura, badan tertinggi PAS itu memutuskan supaya seluruh ahli jemaah di dalam partinya tidak melibatkan diri dalam sebarang gerakan PasMa.
Segala pertimbangan yang dibuat itu dilaporkan setelah mengambil kira maklum balas dari pertemuan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Majlis Syura PAS, Idris Ahmad, dengan para pemimpin PasMa pada 24 November lalu.
Hasil pertemuan itu dibawa Salahuddin ke mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 14 Disember dan kemudiannya Majlis Syura Ulama parti itu mengeluarkan sepucuk surat pekeliling bertarikh 15 Disember menasihatkan ahlinya supaya tidak mencampuri urusan PasMa.
Terma "menasihatkan" itu dilihat bersifat "lembut" dan tidak pula dimaklumkan tentang hukuman sekiranya "nasihat" berkenaan tidak diendahkan ahli-ahli jemaah parti itu.
Namun berdasarkan pekeliling itu juga, mana-mana individu yang ingkar pada nasihat Majlis Syura Ulama itu secara logiknya boleh dikategorikan sebagai mereka yang enggan mendengar nasihat ulama, degil, "rebelious" atau "tak makan saman", bukan?
Jadi, wajarkah seorang individu jemaah yang enggan mendengar nasihat ulama, degil, "rebelious" dan "tak makan saman" diangkat menjadi pemimpin? Layakkah dia mewakili PAS dan jemaahnya lagi?
Apakah sikap "mazmumah" terhadap parti dan tidak wala' pada pimpinan tertinggi itu boleh dibiarkan menjadi contoh yang "baik" kepada jemaah-jemaah PAS yang lain?
Penulis tidak memaksa Phahrolrazi atau mana-mana pemimpin PasMa untuk meninggalkan PAS atau pertubuhan yang baru ditubuhkan beberapa bulan itu. Terserahlah untuk mereka membuat pertimbangan.
Namun jika dilihat dari sudut maruah, harga diri dan jati diri seorang pejuang PAS yang tulen seperti di zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dulu, rasanya tiada tempat di dalam parti itu bagi seorang pemimpin yang "kurang ajar" pada parti, khususnya Majlis Syura Ulama, bukan?
Mungkin benar kata orang di kedai-kedai kopi di Kedah bahawa PAS kini semakin hilang identiti sejak bergabung bersama DAP dan PKR. Liberalnya sesetengah pemimpin PAS melebihi liberal yang ada pada PKR dan DAP.
Soalnya, apa nak jadi pada PAS? Apakah parti itu tidak aka mengendahkan lagi konsep "kepimpinan ulama" yang diperjuangkan sejak awal penubuhan parti itu?
Atau PAS yang terkini beranggapan ulama tidak wajar dijadikan pemimpin parti kerana mereka adalah faktor penyebab Pakatan Rakyat tidak dapat menawan Putrajaya? -Amir Hamzah/UtaraNews.com