Seorang pekerja pangkalan udara warga Ukraine mendakwa pesawat
Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 telah ditembak oleh jet pejuang
Ukraine, lapor akhbar tabloid Rusia, Komsomolskaya Pravda.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, sebuah jet pejuang Ukraine jenis Su-25 yang membawa peluru berpandu telah keluar dari pangkalan udara pada hari kejadian sebelum pulang tanpa peluru berkenaan.
Jet pejuang jenis Su-25 |
Berdasarkan temubual yang diterbitkan pada Selasa, juruterbang
pesawat pejuang itu didakwa kelihatan takut selepas tersilap menembak
penerbangan awam milik Malaysia.
Sumber itu juga didakwa terdengar juruterbang berkenaan berkata,
"tersilap pesawat" dan "pesawat itu berada di lokasi salah pada waktu
yang tidak sepatutnya."
Jelasnya, terdapat tiga pesawat pejuang Ukraine berlepas dari
pangkalan udara itu pada 17 Julai untuk melakukan serangan mengejut
sebelum sebuah daripadanya pulang dengan tanpa peluru.
Ia dikatakan bertentangan dengan kenyataan pihak berkuasa Ukraine yang mendakwa tiada operasi dibuat pada hari berkenaan.
Berikutan dakwaan terbaharu itu, pasukan siasatan Rusia mula mengumpul bukti daripada individu berkenaan untuk siasatan lanjut. -mStar