PADANG TERAP - Kesusahan hidup yang dihadapi keluarganya memaksa seorang
pelajar dari Kampung Tanjung Piring, Mukim Tekai Kiri, dekat sini
meminum air paip pada waktu rehat di sekolah bagi mengalas perut.
Mohd Mokhtar Kamaruddin, 17, berkata, dia jarang membawa wang saku ke sekolah berikutan faham dengan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.
"Saya hanya bawa duit belanja tambang kereta sewa sahaja kerana di sini tak ada bas untuk ke sekolah.
"Di sekolah, setiap kali waktu rehat jika tak bawa wang saku, saya hanya duduk dalam kelas atau perpustakaan dan jika lapar pun hanya meneguk air paip sahaja,"
Mohd Mokhtar Kamaruddin, 17, berkata, dia jarang membawa wang saku ke sekolah berikutan faham dengan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.
"Saya hanya bawa duit belanja tambang kereta sewa sahaja kerana di sini tak ada bas untuk ke sekolah.
"Di sekolah, setiap kali waktu rehat jika tak bawa wang saku, saya hanya duduk dalam kelas atau perpustakaan dan jika lapar pun hanya meneguk air paip sahaja,"
Menurutnya, dia faham keadaan yang dihadapi keluarganya itu dan tidak sanggup membebankan ibu bapanya kerana adik-adiknya yang lain juga perlu ke sekolah.
"Walaupun kami tak cukup duit, tapi saya mahu adik-adik juga mendapat pelajaran dan tidak buta huruf.
"Saya sanggup berhenti sekolah dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskannya," katanya.
Sementara itu, ayahnya, Kamaruddin Wahab, 49, berkata, dia dan isterinya, Siti Fatimah Mat Ludin, 43, terpaksa memberhentikan persekolahan anak kedua mereka, Nor Diana, 14, kerana tidak mampu membiayai persekolahan anaknya itu.
Menurutnya, sebelum ini Mohd Mokhtar juga gagal ke sekolah berikutan masalah kewangan yang dihadapi namun bernasib baik kerana dia sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
"Mungkin tahun depan dia tak dapat sambung pelajaran walaupun berminat untuk belajar di pusat kemahiran.
"Saya pun suka jika dia berminat belajar kemahiran kerana sekurang-kurangnya memudahkan dia mendapat kerja pada masa hadapan," katanya.
Kamaruddin berkata, kejatuhan harga getah pada hari ini menyebabkan pendapatannya hanya sekitar RM400 hingga RM500 sebulan dan ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak menjelang 2015 nanti.
"Selain perlu bayar persekolahan anak-anak, saya juga terpaksa membayar sewa rumah RM150 sebulan selepas rumah yang kami diami selama ini roboh dimakan anai-anai.
"Kami juga kadang-kadang terpaksa ikat perut kerana tak ada beras untuk dimakan dan makan mi segera untuk alas perut. Sejak kejatuhan harga getah, saya tak beli beras secara kampit lagi tetapi secara timbang," katanya.
Oleh itu katanya, dia berharap pihak berkenaan dapat memberi bantuan bagi meneruskan persekolahan anak-anaknya yang terpaksa diberhentikan atas faktor kewangan.
Bagi mereka yang ingin menyumbangkan sumbangan boleh menyalurkan kepada Mohd Mokhtar Kamaruddin menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor akaun 02100-41-00007349-2. -Sinar Harian