SECARA tiba-tiba kisah pasangan remaja yang
berkahwin pada usia muda iaitu Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur
Ezati, 17, jadi perbualan hangat netizen.
Berita pasangan pengantin baru ini nyata menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai.
Ramai memuji dengan berkata keputusan
pasangan ini boleh menghindari maksiat dan zina namun tak kurang juga,
menzahirkan rasa bimbang akan kehidupan mereka kemudian hari.
Menerusi laman sosial Facebook milik Muaz, dilihat ramai yang memberikan ucapan tahniah dan nasihat kepadanya dan pasangan.
Menurut Muaz menerusi Facebook,
perkahwinannya bukanlah atas dasar paksaan malah keluarga kedua belah
pihak telah setuju mempercepatkannya.
Begitu pun, dia meluahkan rasa kecewa dengan
sikap segelintir masyarakat yang menuduh isterinya sedang hamil
gara-gara mereka berkahwin pada usia muda.
Untuk makluman
anda, pasangan muda ini telah berkahwin pada 30 November lalu,
dipercayai diadakan di Johor.
Dua tahun lalu, seorang remaja lelaki
berusia 16 tahun berkahwin dengan pasangannya berusia 14 tahun dari
Pahang, pernah jadi isu hangat dan tajuk utama di dada-dada akhbar.
Sayangnya, perkahwinan tersebut tidak kekal lama apabila mereka
bercerai, tahun lalu.