ALOR SETAR - Para pemimpin PAS tidak lagi dijemput menyertai program
dianjurkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebaliknya hanya
melibatkan pimpinan dari PKR dan DAP sahaja yang akan dijemput.
Presiden PasMa, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya "menghormati" arahan PAS Pusat yang menggesa supaya para pemimpin parti itu di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan aktiviti pertubuhan yang diketuainya.

Katanya, PAS bertindak sedemikian dengan alasan bagi memelihara keutuhan parti
seperti termaktub dalam surat pekeliling yang bertarikh 15 Disember lalu.
Namun begitu, Phahrolrazi meluahkan ketidakpuasan hati dan rasa kesal terhadap partinya ekoran cara pihaknya menerima ketetapan pekeliling itu dari pihak lain dan bukan dari PAS Pusat sendiri.
“Kita kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga bukan dari PAS Pusat sendiri. Sepatutnya selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami.
“Sebelum ini kita memberi kerjasama baik terhadap PAS Pusat termasuk bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu bagi menerangkan matlamat Pasma sebenar.

"Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan namun setelah
mereka bermesyuarat tiada sebarang respon yang kami terima,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Sebelum ini, mesyuarat PAS Pusat membuat keputusan menasihatkan semua pemimpinnya di semua peringkat supaya tidak melibatkan diri dengan PasMa yang kini menjadi kumpulan pendesak "duri dalam daging", di dalam parti itu.

Phahrolrazi merupakan Adun Pengkalan Kundor dan menjawat jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah.
Difahamkan bahawa keputusan tersebut telah disampaikan kepada semua pimpinan PAS di setiap negeri melalui satu surat
pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Agung PAS dan ditandatangani
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. -Kedahnews.com