Orang sibuk bantu mangsa, orang lain sibuk tabur fitnah? |
KOTA BAHARU – Hanya sembilan kematian dan empat kehilangan direkod
dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Dis lalu, kata Ketua Polis
Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Oleh itu beliau menafikan laporan di media sosial mengenai angka
kematian yang tinggi dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap
pihak terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Katanya kes kematian membabitkan mangsa di Kota Baharu ialah tiga
orang, Pasir Mas (empat, satu hilang), Tumpat (dua) dan Kuala Krai (tiga
hilang yang kesemua berumur antara 1 tahun hingga 60 tahun.
Beliau berkata tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar fitnah itu
tetapi pihaknya telah mempunyai bukti pihak yang bertanggungjawab.
Mazlan berkata lapan pasukan rondaan juga telah ditubuhkan bagi
memantau kegiatan jenayah semasa musim banjir yang diketuai Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng.
“Setakat ini belum ada laporan pecah masuk rumah dan kita yakin akan ada laporan selepas banjir,” katanya. – BERNAMA