Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Pusat,
Datuk Mahfuz Omar menggesa supaya semua pihak di negara ini meninggalkan
budaya "politik rimba" sempena melangkah ke tahun baharu, 2015.
Dalam kenyataannya, Mahfuz mentafsirkan "politik rimba" sebagai tindakan menggunakan kuasa politik sebagai ancaman untuk menakutkan orang ramai untuk menyatakan pandangan dan menegur kepimpinan negara.
Dia kemudian mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kononnya parti pemerintah itu mengamalkan budaya "politik rimba" untuk kekal mentadbir negara selama 57 tahun merdeka.
Penulis tertarik untuk mengulas tentang terma "politik rimba" dari sudut kefahaman Mahfuz. Benarkah menggunakan kuasa politik sebagai ancaman untuk menakutkan orang ramai untuk menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan negara itu wajar dianggap sebagai budaya "politik rimba"?
Setahu penulis, istilah "politik rimba" boleh ditafsirkan sebagai suatu tindakan ahli politik atau pentadbir politik yang bercanggah dengan peraturan atau undang-undang sesebuah negara yang telah mencapai ketamadunan dunia.
Mudah bicara, mana-mana tindakan politik yang bercanggah dengan hukum-hakam agama dan ketamadunan manusia yang diiktiraf, layak dikategorikan sebagai "politik rimba". Soalnya, apakah dengan menggunakan kuasa politik bagi menyekat pandangan yang cetek, salah, tidak tepat dan berunsur fitnah itu layak dilabel sebagai budaya "politik rimba"?
Jika tindakan menyekat pandangan berunsur sedemikian dianggap "politik rimba", apakah kita boleh tafsirkan tindakan menyuarakan pandangan yang salah dan berunsur fitnah sebagai satu budaya politik "baharu" yang kononnya "telus"?
Misalnya, seorang lelaki Melayu menyuarakan pandangan bahawa kaum bukan Melayu sepatutnya dihantar pulang saja ke negara asal nenek moyang mereka boleh dianggap sebagai satu budaya politik yang betul?
Sedangkan, pandangan sebegitu sebetulnya adalah salah sama sekali kerana ia menyalahi prinsip konsep "Jus Soli" yang kemudiaannya digunakan bagi membentuk perlembagaan negara. Malah penulis yakin, pandangan seperti itu akan menyakitkan hati golongan bukan Melayu dan bakal mencetus ketegangan kaum di kalangan masyarakat plural di negara ini, bukan?
Justeru itu, apakah salah sekiranya sesebuah kerajaan itu menyekat suara-suara sumbang di kalangan rakyat Malaysia, khususnya di zaman serba "media sosial" ini, yang makin cenderung mencetus budaya pemikiran songsang dan negatif?
Sebagai contoh lagi, apakah akan terjadi kepada Ali Abdul Jalil yang menghina Sultan Johor sekiranya dia dibiarkan menghina Raja-Raja Melayu yang secara tradisinya merupakan lambang ketuanan masyarakat Melayu?
Sekiranya tidak disekat dan diambil tindakan terhadap Ali, apakah Mahfuz mampu menjamin keselamatan lelaki itu sekiranya terdapat mana-mana pihak dari kalangan rakyat mengambil tindakan sendiri terhadap lelaki tersebut?
Jika dimaki atau diludah, mungkin Ali boleh tahan dengan tindakan tersebut. Namun jika Ali diserang, dicederakan dan dibelasah hingga "tiga suku nyawa", apakah Mahfuz fikir Ali "kebal" menahan sakit akibat sikap biadap dan keceluparan pandangannya itu?
Hakikatnya, Pakatan Rakyat lebih dilihat mengamalkan budaya "politik rimba". Berketuakan seorang lelaki yang pernah disahkan meliwat oleh mahkamah, menggulingkan Menteri Besar sesuka hati dan berpolitik 24 jam lebih menjurus kepada budaya politik "tidak ketahuan hala".
Dunia yang bertamadun sememangnya menolak dan tidak mendewakan pemimpin yag terlibat dengan skandal moral, apatah lagi dengan dakwaan skandal seks. Namun di Malaysia, pembangkang mendewakan individu seperti itu. Bill Clinton akan tersenyum sumbing dengan budaya "politik rimba" pembangkang di Malaysia.
Budaya "coup de tat" atau menggulingkan seorang Menteri Besar juga dikecam hebat dalam prinsip asas demokrasi. Dilihat bertentangan dengan prinsip luhur demokrasi, tindakan sebegitu hanya dilakukan oleh haiwan di rimba sahaja.
Contohnya, seekor singa jantan perlu menggulingkan singa yang menguasai sesuatu kawasan untuk menjadi "raja" di kawasan tersebut. Jadi, benarlah tindakan gulingkan Menteri Besar itu layak dilabel sebagai amalan "politik rimba". Tidak percaya? Boleh tanya pada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pihak parti pembangkang juga terkenal dengan budaya "politik 24 jam". Jika sehari ada 28 jam, seminggu ada 10 hari dan setahun ada 400 hari, masa-masa tersebut akan diisi dengan aktiviti politik sepenuhnya oleh pihak pembangkang di Malaysia.
Cuba lihat budaya politik di negara-negara maju. Mereka hanya berpolitik ketika musim pilihanraya sahaja manakala di masa lain mereka sibuk membangunkan negara, bekerja untuk rakyat yang diwakili di kawasan masing-masing.
Malangnya, parti-parti pembangkang di Malaysia sibuk mengganggu pentadbiran kerajaan berbanding bersama membangunkan negara dengan berpolitik 24 jam. Hinggakan mereka menjadi kerajaan sekalipun, mereka tetap mengamalkan budaya politik yang sama.
Penulis berpandangan, Mahfu sewajarnya mengaitkan budaya "politik rimba" dengan parti-parti pembangkang. "Kuman di seberang laut Mahfuz nampak, tapi gajah di depan mata Mahfuz tidak nampak"? Belajarlah bermuhasabah diri... -Amir Hamzah/UtaraNews.com