TIDAK lari daripada misteri dan spekulasi, kehilangan pesawat AirAsia
QZ8501 masih menjadi tanda tanya apabila usaha pencariannya masuk hari
ketiga.
Pengamal ilmu dan bomoh Indonesia pula meluahkan kesediaan mereka
untuk membantu dalam melibatkan diri dalam pencarian pesawat tersebut
sekaligus mengesan kedudukan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang
setelah terputus hubungan dengan menara kawalan, Ahad lalu.
Namun, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menolak mana-mana tawaran
khidmat bomoh bagi membantu dalam misi pencarian QZ8501 dan berpendapat
ianya tidak relevan dalam insiden ini.
“Bukan standard kami,” itu luah Pengarah komunikasi pasukan mencari
dan menyelamat agensi kebangsaan Basarnas, Encik Sutono sekaligus
menolak mana-mana tawaran bomoh dalam hal ini.
Sementara itu, Media Indonesia, tempo.co melaporkan terdapat bomoh
yang sudah melakukan pemantauan secara ghaib dan mendakwa bangkai
pesawat tersebut berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten
Belitung Timur.
“Hasil pemantauan kami, pesawat berkenaan berada di perairan timur
Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur. Pesawat itu terhempas kerana
adanya kerosakan enjin,” ujar Ketua dukun dan Adat Belitung, Mukhti
Maarif.
Menurut Mukhti, mereka masih lagi menunggu permintaan rasmi daripada Kerajaan Indonesia untuk bersama-sama mencari pesawat itu.
Tambahan pula, usaha untuk mereka mencari tidak dapat diteruskan
sekirannya tiada permintaan kerana ianya melibatkan persepsi negatif ke
atas mereka.
Sumber: Mynewshub.cc