Rafizi Dedah "Rahsia" Pakatan Rakyat Dapatkan Sokongan Orang Cina

"Sokongan padu" pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat adalah kerana konon dasarnya yang memerangi rasuah dan memusuhi pembaziran, penyelewengan dan mengangkat amanah pentadbiran.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika Barisan Nasional (BN) mahu menarik sokongan pengundi, mereka perlu membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Kenyataan Tun Mahathir yang mahu mengaitkan pola sokongan rakyat itu dengan perkauman adalah tidak tepat kerana rakyat yang menyokong PR adalah berbilang bangsa," katanya mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini didedahkan dalam mahkamah telah menawarkan rasuah jutaa ringgit kepada beberapa Ahli Parlimen BN dalam usaha memancing mereka untuk melompat parti.

Antara yang mendedahkan kejutan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anipah Aman dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi di depan hakim mahkamah, baru-baru ini.

Selain itu, desas desus politik juga mengatakan bahawa ketua Rafizi itu juga dikatakan sinonim merasuah para perwakilan UMNO dengan "pink form" ketika musim pemilihan parti itu ketika berjawatan Timbalan Presiden parti tersebut, sehingga berjaya menewaskan bekas Timbalan Presiden, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Menurut Rafizi lagi, Pakatan Rakyat sangat menghormati kedudukan istimewa bangsa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Tiada satu tawaran PR pun yang bertentangan dengan Perlembagaan atau menyentuh isu kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu atau kedudukan raja-raja," kata Rafizi yang dipetik dari media.

Perkembangan menunjukkan bahawa Anwar baharu saja ditarik balik gelaran darjah kebesaran oleh Sultan Selangor atas alasan sikap Ketua Pembangkang itu seolah tidak menghormati Sultan Selangor.

Selain itu, PKR juga bergabung dengan DAP yang memperjuang "Malaysian Malaysia" yang dikatakan bakal menghakis hak dan keistimewaan bangsa Melayu bumiputera dengan agenda kesamarataan hak di kalangan rakyat di negara ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengatakan parti seperti Umno, PKR dan Pas terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina. -Kedahnews.com