Rejim Israel Laknatullah Bunuh Menteri Kanan Palestin

RAMALLAH - Seorang menteri kanan dalam Kabinet Palestin, Ziad Abu Ein dilaporkan terbunuh dalam satu insiden pertempuran dengan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat baru-baru ini.

Ziad yang merupakan Ketua Suruhanjaya Antipenempatan Haram Israel dan Tembok Pemisah itu dilapor telah meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap tebal dari gas pemedih mata ketika kejadian tersebut.

Memetik Al-Jazeera, beberapa saksi di tempat kejadian mendakwa Ziad turut diserang tentera rejim Zionis dan imej memaparkan insiden menggemparkan itu juga telah tersebar secara meluas di ruang media sosial.


Difahamkan juga bahawa sekumpulan aktivis sedang menjalankan program penanaman pokok buah zaitun di kawasan penempatan haram Ali 'Ad sebelum tentera zionis Israel laknatullah itu bertindak menyerang dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengecam keras tindakan kejam rejim Zionis yang telah menyebabkan kematian anggota Majlis Revolusi Fatah tersebut.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sejurus siasatan terhadap kejadian itu dijalankan," tegasnya berikrar membawa insiden itu ke muka pengadilan.

Susulan daripada insiden berkenaan, pentadbiran di Ramallah dan El Bireh mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi menghormati kematian Ziad. -KedahNews.com