Angelina Jolie |
Selebriti popular Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia kini
mengupah satu pasukan keselamatan yang mengawal selia kandungan laman
web yang dilayari anak-anaknya ketika menggunakan Internet.
Tindakan itu diambil kerana dia risau melihat perkembangan teknologi
yang semakin canggih dari hari ke sehari yang mana dia tidak merasakan
anak-anaknya sudah bersedia dengan perkara-perkara sebegitu.
Jolie sendiri juga mengakui dia bukanlah seorang penggemar laman
sosial kerana dia langsung tidak pernah menggunakan Facebook, Twitter
dan Instagram, sebaliknya lebih gemar menulis dalam buku-buku notanya.
Walaupun tidak terdedah dengan laman-laman sosial, disebabkan
kerisauan dan keprihatinan sebagai ibu, Jolie dan suami, Brad Pitt telah
bersetuju mengambil langkah penjagaan dengan mengupah beberapa orang
untuk mengawal selia aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Anak-anak pasangan ini terdiri daripada peringkat umur enam sehingga
13 tahun, tiga anak angkat, Maddox, 13, Pax, 11, Zahara, 9, dan tiga
anak kandungnya, Shiloh, 8, dan pasangan kembar, Knox Leon dan Vivienne
Marcheline, enam tahun.
Sumber: Mynewshub.cc