Pengurus Besar Rolls-Royce Asia Pacifik, Sven J Ritter, (kanan) dan Michael Ong pada pelancaran Ghost Series II. |
KUALA
LUMPUR - Rolls-Royce Motors Cars Limited, pengeluar eksklusif kereta
mewah Rolls-Royce, melancarkan model paling asas terbarunya, Ghost
Series II, di pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM2 juta seunit.
Pelancaran itu mencerminkan keyakinan syarikat itu yang
berpangkalan di United Kingdom (UK) terhadap prospek pasaran kenderaan
mewah di negara ini.
Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Datuk Michael
Ong, berkata kebanyakan pembeli adalah individu korporat yang mahukan
kereta dengan kualiti pemanduan tertinggi dan lambang kemewahan.
"Permintaan pasaran masih kukuh di Malaysia walaupun ia semakin
matang susulan kehadiran pelbagai jenama mewah lain di negara ini.
"Ghost adalah model paling berjaya di Malaysia," katanya selepas pelancaran model itu di sini hari ini.
Rolls-Royce Ghost Series II menawarkan evolusi baru dalam pemanduan
ultra-mewah hasil pembangunan kejuruteraan enjin turbo berkembar
6.6-liter V-12 yang berupaya menjana kuasa 563 hp. - Foto Azhar Ramli/BH Oline