Bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah melancar arca patung dirinya yang dipamer di lokasi kampung halamannya di Pulau Madeira, Portugal, baru-baru ini.
Agensi berita Sepanyol, Europa Press yang meyiarkan berita tersebut memberitahu bahawa Ronaldo menyifatkan
patungnya yang diperbuat dari gangsa itu adalah “lebih kacak dari dirinya”.
“Saya tidak jangka untuk miliki patung dalam hidup saya.” kata Ronaldo.
Penyerang kacak Real Madrid yang berusia 29 tahun itu membantu kelab berkenaan menjulang Piala Dunia Kelab di Maghribi pada Sabtu lalu.
Pemain yang memiliki berprofil hebat dan memiliki jutaan peminat dari seluruh dunia itu juga menyarung jersi nombor 7 sebagaimana Charyl Cappuis dan David Beckham sebelum ini.
Selain arca patung gangsa, Ronaldo sehingga kini sudah mempunyai muzium yang mempamerkan pembabitan kerjayanya di Madeira.
Mungkin para pemain bola sepak di Malaysia boleh melupakan untuk memiliki patung arca seperti Ronaldo kerana silap-silap nanti ramai tukang komen yang mendakwa wujud lagi "berhala" untuk disembah di negara kita.
Lainlah Charyl Chappuis, meskipun tidak sehebat Ronaldo, namun dia mungkin akan memiliki arca tersendiri berdasarkan profilnya di Asia Tenggara dan merupakan penduduk asal negara Thai.
Sekurang-kurangnya kalau didirikan patung gangsa Cappuis di kota Bangkok, tiada suara-suara yang akan membantah ekoran negara itu sememangnya terkenal dengan patung-patung Buddha di segenap pelosok negara Gajah Putih itu, kan? -Kedahnews.com