Roti Canai 50 Sen, Kopi O 20 Sen, Nasi Tambah FREE.. Hanya Di Jitra, #HanyaDiKedah..!

Murah!
TERBELIAK biji mata melihat harga yang ditawarkan di sebuah restoran berdekatan jalan Tanjung Pauh, Jitra.

Mana tidaknya,  harga yang ditawarkan murah ‘gila’ hingga agaknya boleh dinobatkan sebagai restoran makanan paling murah di Malaysia.

Dalam zaman sekarang ini, boleh kata harga semua benda termasuk makanan meningkat hingga ada kedai  yang boleh digelar ‘cekik darah’ oleh pelanggan-pelanggannya, namun sebaliknya yang terjadi di restoran ini.

Restoran Tok Keramat ini mempunyai keunikan tersendiri hingga nama restoran ini sentiasa meniti dibibir pelanggannya hingga ke negeri Perlis.

10458527_784811081585912_5603843139610560892_n

Lihatlah, harga kopi panas restoran ini boleh didapati dengan harga serendah RM 0.20 sen. Mana nak dapat semurah itu di tempat lain weh!

Dengarnya, makanan yang disediakan bukan sahaja murah dan sedap malah, nasi tambah diberikan secara percuma.

Alahai, kita yang dengar pun terasa ingin mencuba menjamu selera di Restoran Tok Keramat di negeri Kedah Darul Aman ini.

Lebih mengujakan, pemilik restoran ini menawarkan hadiah kepada pelanggannya yang ke-1,000,000 (sejuta) dengan menjanjikan sebuah motosikal.

1656060_784811071585913_5110833567447580250_n

Wah, nampaknya tuan punya kedai bukan sahaja bermurah hati memberi harga makanan yang murah, malah berbesar hati menawarkan sebuah motosikal.

Apa lagi, dengarnya perpusu-pusu pelanggan yang ke sini untuk mencuba nasib dan dalam masa yang sama ingin menikmati harga makanan yang murah dan sedap.

10393966_1043936995635995_6364579608279239855_n

Bijak jugak strategik marketing yang dilakukan tuan kedai ini!

Apa pun, semoga tuan kedai dimurahkan rezeki kerana sanggup menjual dengan harga murah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc