Satu lagi bentuk transformasi... |
BUAT julung kalinya, sambutan ambang tahun baru 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bakal bergema dengan alunan Qasidah dan Selawat Nabi SAW serta tazkirah ringkas.
Kelainan lain yang ada dalam program Malam Cintai Rasul (MCR) 2015 itu adalah alunan doa khas sempena sambutan tahun baru di dataran keramat itu pada tepat pukul 12 tengah malam.
Bagi memeriahkan program itu, penganjurnya, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menampilkan pendukung utama bacaan qasidah, pendakwah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaf.
Sesi tazkirah serta Selawat Nabi pula akan diketuai oleh Habib Ali Zainal Abidin, di samping kumpulan nasyid tempatan Inteam dan Al-Mawlid mengalunkan lagu-lagu nasyid.
Penganjuran program sedemikian, tegas Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee bertujuan membendung perlakuan negatif sebilangan pengunjung yang hadir untuk menyambut tahun baru sebelum ini.
Beliau menyifatkan sudah tiba masanya, pengisian program ambang tahun baru di Dataran Merdeka diisi dengan majlis-majlis ilmu, seperti Malam Cintai Rasul.
“Program ini adalah majlis ilmu mencintai rasul dan juga mendekatkan umat Islam, khususnya daripada kalangan anak muda kepada Islam.
“Saya juga berharap negeri lain akan turut sama menganjurkan program sedemikian,” katanya pada majlis pelancaran Malam Cintai Rasul 2015 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sejajar dengan semangat itu, Syed Ali menjangkakan kehadiran melebihi 100,000 orang, termasuklah beberapa pemimpin utama kerajaan.
“Kami menyarankan agar para pengunjung Malam Cinta Rasul 2015 yang bertemakan ‘Kenali, Dekati dan Cintailah Rasul’ itu memakai jubah putih bagi lelaki manakala kaum wanita pula berjubah hitam.
“Orang ramai boleh datang bersama keluarga dengan membawa hamparan tempat duduk sendiri dan menjelang detik 12 tengah malam kita akan mengadakan doa khas untuk negara Malaysia bagi sambutan tahun 2015,” katanya.
Program itu turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Tourism Malaysia akan bermula pukul 9 malam dan bakal disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, Al-Hijrah dan radio IKIM.fm. -Utusan