Sebar Berita Palsu Banjir: SKMM Keluar Senarai 4 Individu Dikenal Pasti

CYBERJAYA - Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencari beberapa individu untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. 

"Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata pengerusinya, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi kepada media.

Individu-individu berikut yang dikenal pasti adalah diminta untuk tampil membantu siasatan:
1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan
Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat SKMM, Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera.

Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat SKMM seperti yang tertera di atas. -Kedahnews.com