Segera: Sukarelawan Di Kelantan, Pahang, & Kelantan Diperlukan!

Screen-Shot-2014-12-30-at-11.14.24-AM 
Melihatkan keadaan di Manek Urai Lama, Kelantan, selepas banjir di beberapa kawasan mulai surut boleh diibarat seperti selepas dilanda tsunami.

Dengan sebahagian kediaman hancur berkecai hanya meninggalkan tiang, kemusnahan yang berlaku pada kali ini sungguh dasyat dan tidak terkata bertapa besarnya dugaan Yang Maha Esa.

Jadi, bagi membantu dan memudahkan beban mangsa banjir, sebuah kempen yang dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Belia Aktif Putrajaya dalam mencari sukarelawan diperlukan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.


Tarikh : 3/1/2015-5/1/2015

Masa: Akan diberitahu

Tempat: Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya

Tugas: Membantu membersihkan kawasan banjir,menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa

Jumlah diperlukan: 700 orang

Bergerak ke lokasi bencana apabila banjir surut. Segala maklumat akan diberitahu melalui Aplikasi WhatsApp secara individu. Jika ingin turut serta, anda boleh daftar nama di sini.