Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 Dari Kami Kedahnews.com! #NewYearEve2015

Selamat menyambut Tahun Baru 2015 dari kami Kedahnews.com!
Tinggal hanya beberapa minit saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2014 Masihi dan melangkah masuk ke tahun baru 2015. 

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, sepanjang tahun 2014 sudah tentu terdapat pelbagai kenangan pahit dan manis yag terjadi di alam album kehidupan seharian kita.

Kedahnews.com ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat salah atau silap di sepanjang laporan kami sebagai sebuah media online utama di negeri Kedah.

Lebih penting lagi, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pembaca dan rakan-rakan Kedahnews.com yang tidak putus-putus memberi kata semangat serta sokongan padu pada kami untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Dengan berlandaskan kepentingan agama Islam, sebuah bangsa Malaysia dan kedaulatan negara, khususnya di peringkat negeri Kedah, insyaAllah Kedahnews.com akan teguh memegang prinsip etika kewartawanan yang baik, bermutu dan "viral" pada masa akan datang.

Sesungguhnya sokongan dan kata-kata semangat yang kami terima sebelum ini benar-benar membakar semangat untuk terus melonjak sebagai sebuah media maya yang terbaik demi sebuah kebenaran, buat tatapan seluruh anak-anak Kedah khususnya.

Terima kasih dari kami sekali lagi, dan selamt menyambut tahun baru 2015. 

Semoga tahun 2015 akan memberi sinar kerahmatan dari Allah SWT dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini, insya Allah.

Ikhlas dari; Ketua Pengarang Kedahnews.com