Kutip pendapatan ketiga tertinggi |
Tidak dinafikan dunia sukan juga merupakan salah satu bidang yang mampu menjana pendapatan lumayan hingga ke tahap beratus-ratus juta ringgit setahun.
Dalam edisi terbarunya, majalah Forbes telah mengeluarkan senarai 10
atlet antarabangsa yang berjaya meraih pendapatan tertinggi sepanjang
tahun 2014 melalui sukan yang diceburi mereka.
Carta tersebut didahului oleh bintang tinju, Floyd Mayweather,
diikuti dengan ikon bola sepak Cristiano Ronaldo manakala tempat ketiga
diduduki pemain bola keranjang, LeBron James.
1. Floyd Mayweather
Jumlah keseluruhan: AS$ 105 Juta (RM 337.24 Juta)
Pendapatan: AS$ 105 Juta
Tajaan: -
Sukan: Tinju
2. Cristiano Ronaldo
Jumlah keseluruhan: AS$ 80 Juta (RM 256.94 Juta)
Pendapatan: AS$ 52 Juta
Tajaan: AS$ 28 Juta
Sukan: Bola Sepak
3. LeBron James
Jumlah keseluruhan: AS$ 72.3 Juta (RM 232.1 Juta)
Pendapatan: AS$ 41.7 Juta
Tajaan: AS$ 53 Juta
Sukan: Bola Keranjang
4. Lionel Messi
Jumlah keseluruhan: AS$ 64.7 Juta (RM 207.75 Juta)
Pendapatan: AS$ 41.7 Juta
Tajaan: AS$ 23 Juta
Sukan: Bola Sepak
5. Kobe Bryant
Jumlah keseluruhan: AS$ 61.5 Juta (RM 197.47 Juta)
Pendapatan: AS$ 30.5 Juta
Tajaan: AS$ 31 Juta
Sukan: Bola Keranjang
6. Tiger Woods
Jumlah keseluruhan: AS$ 61.2 Juta (RM 196.52 Juta)
Pendapatan: AS$ 6.2 Juta
Tajaan: AS$ 55 Juta
Sukan: Golf
7. Roger Federer
Jumlah keseluruhan: AS$ 56.2 Juta (RM 180.46 Juta)
Pendapatan: AS$ 4.2 Juta
Tajaan: AS$ 52 Juta
Sukan: Tenis
8. Phil Mickelson
Jumlah keseluruhan: AS$ 53.2 Juta (RM 186.2 Juta)
Pendapatan: AS$ 5.2 Juta
Tajaan: AS$ 48 Juta
Sukan: Golf
9. Rafael Nadal
Jumlah keseluruhan: AS$ 44.5 Juta (RM 142.89 Juta)
Pendapatan: AS$ 14.5 Juta
Tajaan: AS$ 30 Juta
Sukan: Tenis
10. Matt Ryan
Jumlah keseluruhan: AS$ 43.8 Juta (RM 134.86 Juta)
Pendapatan: AS$ 42 Juta
Tajaan: AS$ 1.8 Juta
Sukan: Bola Sepak Amerika
- Kedahnews.com