Senarai 10 Selebriti Tempatan Paling Di"Google" 2014

Bekas model Playboy, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania merupakan selebriti paling popular serta paling banyak dicari pengguna Internet di Malaysia.

Populariti segera diraih Felixia (kini Raisyyah) selepas dia menunjukkan minat untuk memeluk Islam, selain beberapa kali menjayakan sesi photoshoot dengan mengenakan hijab persis wanita Muslim sejati sebelum benar-benar menjadi saudara baru.

Pelakon Hanez Suraya, tidak kurang popularnya apabila menduduki tempat kedua gara-gara kisah percintaan dengan suami orang yang mendapat kecaman ramai peminat seni tanahair yang begitu terkesan dengan nasib isteri kekasihnya, sehinggakan sebuah laman Facebook khas ditubuhkan untuk menyokong Nur Liyana Manan.

Sementara, aktor kacak, Keith Foo pula berada di kedudukan ketiga selepas popular dengan drama Ariana Rose yang mengandingkannya dengan heroin cantik, Nur Fathia Latiff. 

Walaupun membuat pengakuan sudah bertunang dengan kekasihnya, Kim Raymond, radar populariti Keith tidak sesekali pudar di mata peminatnya.

Kematian penyanyi legenda bersuara emas, Datuk Sharifah Aini meninggalkan 1001 kenangan dan memori, lebih-lebih lagi buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Allahyarham, hingga kisah beliau turut dicari di laman maya oleh ramai orang.

Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada paru-paru.

Selebriti seterusnya ialah primadona filem Melayu era 90-an, Erra Fazira yang mengejutkan industri hiburan tempatan awal tahun ini dengan berita penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Hasil perkahwinan, Erra dan Emran dikurniakan seorang cahaya mata perempuan comel, Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Pelakon yang baharu sahaja berkahwin dan bergelar Datin Paduka Eina Azman turut tersenarai dalam carta carian paling popular 2014 di samping ikon fesyen Wak Doyok, Puteri Sarah Liyana, Tasha Shilla dan Joyce Shu. 

Top 10 Selebriti Tempatan Paling Banyak Di"google" 2014  

felixia
 1.  Felixia Yeap @ Raisyyah Rania (Pelakon, Model Muslimah)
hanez-suraya-622
2.  Hanez Suraya (Pelakon)
keith
3.  Keith Foo (Pelakon)
ARTIS KOSMO
4.  Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini (Biduanita Negara)
Screen-Shot-2014-03-03-at-9.39.47-PM
5.  Erra Fazira (Pelakon, Pengacara, Penyanyi)
NIKAH / EINA AZMAN
6.  Datin Paduka Eina Azman (Pelakon)
wak
7.  Wak Doyok (Ikon Fesyen, Pengacara)
PUTERI SARAH
8.  Puteri Sarah Liyana (Pelakon)
tasha
9.  Tasha Shilla (Pelakon)
joyce
10.  Joyce Chu (Penyanyi)