STING Tumpas Sindiket Dadah Pulau Pinang, Kedah


GEORGETOWN – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang dan Kedah, Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis merampas 6.5 kilogram (kg) dadah bernilai RM750,000 serta menyita enam motosikal berkuasa tinggi, sembilan kereta, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM70,264.

Beliau berkata, dalam dua serbuan berasingan itu polis turut menahan 12 suspek, masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan lima di Kedah.

“Mereka yang ditahan ini terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 47 tahun.
“Semua mereka kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyeb 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – BH Online