SubhanAllah! Air Terjun Yang "Tak Terjun-Terjun" Ke Bawah...!

Semua tahu, secara semulajadinya, air terjun merupakan satu fenomena yang mana air yang terkumpul di atas bukit akan turun ke bawah secara laju dan menghasilkan satu senario indah lagi menyegarkan.

Namun, jurugambar alam semulajadi, Rod Krikpatrick mencetuskan sensasi di laman Youtube apabila video rakaman terbarunya menjadi viral kerana memaparkan air terjun secara’terbalik’!

Peristiwa ini bukanlah penemuan keajaiban terbaru di dunia tetapi merupakan satu kejadian yang unik. 

Rupa-rupanya, fenomena tersebut berlaku akibat dari tindak balas terhadap tiupan angin yang kuat.

Ribut menyebabkan angin kuat melanda daerah Derbyshire di UK dan ia telah mengakibatkan air terjun Kinder yang sepatutnya mengalir ke bawah, berterbangan di udara!












Sumber: Mynewshub.cc