Jika kita tidak mengetahui cerita sebenar, mungkin pakcik dalam
gambar di atas dilihat tidak ada bezanya dengan penjaja aiskrim yang
lain.
Hakikatnya, dia merupakan seorang lepasan Sarjana Usuluddin dan kini
menyambung pengajiannya di sebuah universiti di peringkat doktor
falsafah (Ph.D).
Kisahnya dikongsikan oleh saudara Aris Hazlan Ismail menerusi akaun Facebooknya.
Tulisnya:
Menariknya, jenama aiskrimnya dinamakan OSDA yang mempunyai maksud yang cukup mendalam.
Jarang sekali kita melihat insan yang sudah tinggi taraf pengajiannya mahu melakukan kerja-kerja menjaja seperti ini.
Kebanyakannya mungkin sudah menceburkan diri dalam bidang pekerjaan profesional dan menghadap komputer di pejabat.
Selepas ini, jangan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang buat kerja-kerja biasa seperti ini tak belajar tinggi.
Silap hari bulan, anda yang termalu sendiri....
Peliknya, ada pula segelintir mahasiswa "poyo" yang buat huru-hara dalam universiti semata-mata kerana politik kepartian.
Kesian pada ibu bapa di kampung yang bertungkus lumus cari rezeki nak tampung anak belajar di universiti...kan? Tu baru degree...kalau PHD macam mana pulalah perangainya...
Sumber: Mynewshub.cc