Tidak dinafikan seluruh negara bersimpati dengan episod banjir terburuk
yang berlaku di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor dan
beberapa negeri lain di Malaysia.
Episod kali ini merupakan banjir paling "menggerunkan" dalam menghadapi dugaan dari Allah SWT mengakibatkan lebih 200,000 mangsa merana, malah ada terpaksa tinggal sehelai sepinggang sahaja.
Seluruh jentera kerajaan juga telah dikerah sepenuhnya dalam pelbagai operasi menyelamat dan misi bantuan, hingga ada yang bertarung, bergadai nyawa demi menyalur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup membatalkan cuti dan meninggalkan masa-masa emas bersama keluarga untuk kembali bersama rakyat merasai denyut nadi kesusahan mereka meskipun ada "pihak tertentu" leka bermain basikal dan berlibur di luar negara.
Melihat masa depan yang suram bagi mangsa-mangsa banjir berkenaan, Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat akan membina rumah-rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir di Kelantan bagi meringankan beban hidup mereka.
Mengapa hanya di Kelantan sahaja yang diumumkan? Bagaimana dengan negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir? Atau sememangnya rakyat Kelantan begitu "istimewa" dihati Perdana Menteri?
Usah berpandangan negatif atau cuba mempolitikkan pengumuman tersebut. Penulis yakin, Najib mengambil inisiatif itu mengenangkan kedudukan kerajaan Kelantan yang "miskin" dan kurang berkemampuan dalam menghadapi kesan-kesan banjir untuk rakyatnya berbanding negeri-negeri lain.
Usah gundah gulana. Kerajaan Pusat sememangnya terbukti berkesan dan berpengalaman dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana di dalam dan di luar negara. InsyaAllah, segalanya akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin.
Cuma pada penulis, mungkin kerajaan Kelantan pula yang akan "tersinggung" dan "enggan" merasa duit Kerajaan Pusat.
Maklumlah, Kerajaan Kelantan dikuasai sepenuhmya oleh PAS dan parti itu sebelum ini kecoh memberitahu rakyat kononnya wang dari Kerajaan Pusat itu "haram" statusnya atas alasan bercampur dengan cukai judi, arak dan sebagainya.
Meskipun telah dijelas oleh ulama-ulama muktabar dunia ia berstatus halal, tok-tok guru PAS yang terkenal ekstrim tetap enggan menerima penjelasaan tersebut.
Justeru mahu dibina rumah-rumah sementara yang sumber dananya dari Kerajaan Pusat, mungkin Kerajaan PAS Kelantan akan mengumumkan rumah-rumah tersebut "haram" didiami rakyatnya.
Memandangkan wujudnya unsur "syubhah" dan mungkin terdapat perasaan ragu di hati Kerajaan PAS Kelantan, penulis berpandangan adalah lebih baik kerajaan negeri itu sendiri yang membina dan membiayai kos pembinaan rumah-rumah sementara itu.
Sekiranya ia terbina dari dana Kerajaan PAS Kelantan, penulis yakin 100% rumah-rumah sementara itu terbina berlandaskan syarak dan HALAL untuk diduduki mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Lagipun, risau juga sekiranya ada masalah di kemudian hari atau terdapat apa-apa komplen dari mangsa-mangsa banjir tentang rumah-rumah itu dan dikaitkan pula dengan keberkatan dana yang disalurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagi mengelak dari sebarang keraguan, pada penulis adalah sangat tepat jika Kerajaan PAS Kelantan sendiri yang membina rumah-rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan wang perbendaharaan negeri itu sendiri.
Penulis yakin, masih banyak lagi wang-wang yang berjaya dikumpul dari hasil kutipaan "tin-tin milo" atau "karung-karung perjuangan" di ceramah-ceramah politik PAS yang menghentam Najib dan Kerajaan BN sebelum ini, kan?
Gunakan saja wang itu. Kalau lebuhraya boleh dibina dari hasil kutipan "karung dan tin ceramah", apalah sangat jika dibanding dengan rumah-rumah sementara untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Mungkin PAS boleh membalas budi para pengundi mereka di Kelantan dengan membina rumah-rumah sementara yang selesa. Lainlah jika PAS tidak menghargai undi rakyat Kelantan, kan? -Amir Hamzah/Utaranews.com