Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di
peringkat sekolah menengah, namun Susi Pudjiastuti bukan calang-calang
wanita.
Apa tidaknya, baru sahaja menyertai kabinet Presiden Indonesia yang
baharu, Joko Widodo, selama dua bulan, beliau dianggap menteri paling
berjaya setakat ini.
Pada pengamatan Naib Presiden negara itu iaitu Jusuf Kalla, Susi
berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Kementerian Kelautan dan
Perikanan melebihi pencapaian akademiknya.
Ujar beliau kepada pemberita Indonesia, “Keupayaan yang tak diduga oleh seorang menteri yang hanya tamat Sekolah Menengah Pertama (SMP).”
Dalam barisan menteri kabinet Jokowi, Susi merupakan satu-satunya
menteri yang memiliki pencapaian akademik setakat SMP, namun beliau
berjaya membuatkan ramai pihak gentar dengan formula kebijaksanaannya.
“Beliau melakukan formula yang bijaksana dan tepat, hinggakan semua orang gentar.”
Tambah Jusuf, beliau pernah mengingatkan Jokowi tentang latar
pendidikan Susi sebelum wanita itu dilantik menjadi menteri. Jokowi
bagaimana pun membalas, syarat kelayakan sebagai menteri hanya SMP,
lantas Susi layak menduduki kerusi tersebut.
Sumber: Mynewshub.cc