Terkini Banjir: 14 Senarai Cerita-Cerita PALSU Dari "Wartawan Tidak Bertauliah"... #PrayForPantaiTimu
Di dalam tempoh berlakunya insiden banjir terburuk dalam sejarah negara sejak tahun 1971, pelbagai cerita dan berita yang kita dengar mengenainya sama ada dari akhbar-akhbar arus perdana mahupun menerusi laman-laman sosial.
Mungkin tidak cukup dengan berita-berita rasmi yang sahih dilaporkan sebelum ini, muncul pula "wartawan-wartawan pesbuk" yang melaporkan cerita-cerita tidak tepat, palsu dan tidak benar sehingga mengelirukan ramai pihak, khususnya di laman sosial Facebook.
Berikut adalah senarai beberapa cerita yang dikenal pasti sebagai "PALSU" yang tersebar sejak keadaan banjir kian buruk di zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia;
- Darurat diisytihar di Kelantan
- Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
- Bantuan dari NGO dan persendirian ditahan atas alasan untuk ditampal "sticker" Barisan Nasional (BN).
- Surat dari anggota tentera (kononnya kebuluran kerana bantuan tidak sampai).
- Sekolah di Manek Urai runtuh. Puisi ibu darwish yang berjudul "Tidurlah Sayang"
- Sewa helikopter tentera RM4500
- Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar kejadian berlaku di Indonesia)
- Keluarga 10 orang maut akibat terperangkap dalam rumah
- Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
- Empangan Thailand yang melepaskan air.
- Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja.
- Kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa sahaja di Kelantan (padahal yang terkini dilaporkan sebanyak 8 set janakuasa dihantar, 4 di Gua Musang, 2 di Tanah Merah, 2 di Kota Bharu)
- Kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa sahaja di Kelantan (padahal yang terkini dilaporkan sebanyak 8 set janakuasa dihantar, 4 di Gua Musang, 2 di Tanah Merah, 2 di Kota Bharu)
Sekiranya tidak dibendung, dijangka senarai tersebut akan menjadi lebih panjang.
Tidak diketahui tentang motif penyebaran cerita palsu itu sama ada bermotifkan politik, cuba menarik perhatian atau "kurang kasih sayang", namun itulah landskap sikap "baik hati" segelintir rakyat Malaysia di laman-laman sosial.
Sehingga kini juga, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah memburu empat pihak yang dikatakan terlibat membuat cerita palsu dan menyebar kisah "dongeng" ciptaan mereka di laman-laman sosial.
Pihak berkuasa dan pemimpin kerajaan juga berkali-kali memberi amaran supaya tidak menyebar sebarang berita yang tidak benar dan belum terbukti kesahihannya.
Perkembangan terkini menyaksikan seluruh jentera kerajaan, pihak berkuasa, orang awam, NGO dan pelbagai pihak lain bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang terbabit dengan bencana tersebut.
Sememangnya diakui beberapa lokasi mangsa banjir agak sukar untuk ditembus masuk ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu dan arus yang terlalu deras sehingga mampu membahayakan nyawa para anggota keselamatan yang cuba membantu mangsa.
Insiden banjir yang melanda negara pada tahun ini merupakan yang terburuk dalam sejarah sejak 1971 yang membabitkan lebih 200,000 mangsa. -Kedahnews.com