#Terkini Banjir: Semua Perkhidmatan Keretapi Ke Pantai Timur BATAL


KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan tren KTM Intercity bagi laluan pantai timur dibatalkan ekoran bencana banjir di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media memberitahu, banjir besar itu menyebabkan landasan keretapi di pantai timur dinaiki air.

“Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, penumpang yang terjejas boleh menukar tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan.

Sehubungan itu, KTMB memohon maaf disebabkan kesulitan itu dan orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi talian 1-300-88-5862 atau 03-2267 1200. -Bernama