Tian Chua Penyebab Anwar Disenarai Hitam Masuk Thailand?

Setelah dimalukan Kerajaan Jepun di awal tahun ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah cuba dimalukan sekali lagi pada akhir tahun ini apabila Kerajaan Thailand difahamkan telah menyenarai hitam namanya dari memasuki negara Gajah Putih itu.

Jika mengikut jadual yang dirancang, Anwar dijangka bakal menyampaikan ucapan dalam satu majlis di sana anjuran Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di kota Bangkok, hari ini. 

Namun menurut laporan media, Ketua Umum PKR itu terpaksa membatalkan hasratnya ke sana apabila mengetahui statusnya yang disenarai hitam dari pihak Kementerian Luar Thailand baru-baru ini.

Menurut sumber UtaraNews.com, Tian Chua dikatakan telah menjadi penyebab utama nama Anwar disenarai hitam ekoran tindakan Naib Presiden PKR yang sengaja "cari pasal" menganjurkan demonstrasi memboikot lawatan Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, ke Malaysia.

Demonstrasi tersebut yang berlangsung pada 1 Disember lalu dijangka mendatangkan kesan buruk pada Anwar di mata Kerajaan Thailand.

Desas-desus juga menjelaskan bahawa Anwar telah memberi alasan kepada FCCT untuk tidak hadir ke majlis tersebut setelah dinasihat peguamnya ekoran kes jenayah Liwat II di mahkamah yang belum lagi selesai.

Agak mengecewakan bila Anwar tidak dibenarkan masuk ke Thailand sedangkan negara itu dikhabarkan antara destinasi yang digemari suami Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hanya disebabkan Tian Chua buat onar memalukan Perdana Menteri Thailand di Malaysia, apakah wajar Anwar menerima akibatnya?

Justeru itu diyakini bahawa para penyokong PKR akan memboikot segala perihal yang bersangkutan dengan Thailand berkuatkuasa serta merta hingga nama Anwar dinyah dari senarai hitam di negara tersebut.

Berkemungkinan segala aktiviti para penyokong PKR yang sering keluar masuk di pintu-pintu sempadan Malaysia - Thailand juga akan diboikot dan semua kaunter imigresen dijangka lengang sehingga masalah selesai. 

Turut dijangka PKR akan menghantar surat kepada Kerajaan Thailand meminta surat tunjuk sebab atau berdepan dengan tindakan mengheret kerajaan negara Gajah Putih itu ke mahkamaha dunia. - KedahNews.com