Tiga Pelajar Tingkatan 5 Malukan Negeri Kelantan

(Gambar Hiasan)
KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima dari sebuah sekolah tergamak memalukan negeri Serambi Mekah itu apabila dikatakan telah merogol seorang gadis yang juga merupakan rakan sekelas mereka.

Kelantan merupakan sebuah negeri contoh yang menerima kepimpinan ulama lebih dari 20 tahun dan sangat menitik berat tentang pembangunan spritual rakyatnya dengan pendekatan agama Islam.

Ketiga-tiganya pelajar berkenaan berusia 17 tahun dan dituduh merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Menurut sumber, seorang dari mereka telah mengaku bersalah atas dakwaan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Majistret Kota Bharu, sementara dua lagi pelajar telah memohon untuk dibicarakan. 

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa ketiga-tiga tertuduh merupakan pesalah juvenil dan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001 sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah diikat jamin dengan nilai RM2,000.

Manakala tertuduh yang mengaku telah merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah tetap telah ditempatkan di pusat pemulihan akhlak, Sekolah Tunas Bakti, Taiping. - KedahNews.com