Malang tidak berbau, namun bagaimana jika anda terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya? Panik? Gabra? Gelabah?
Selalunya, anda mahupun kami sendiri sudah tentu akan berada di dalam situasi yang sangat panik dan tergamam.
Lebih-lebih lagi jika kita terlibat dengan kes kenderaan belakang menghentam belakang kenderaan anda. Soalnya, apakah yang perlu dan wajar dilakukan sekiranya anda merupakan
mangsa?
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Salkukhairi Abd Sukor, yang juga merupakan seorang peguambela telah berkongsi cara bagaimana untuk
menangani sekiranya anda dilanggar dari belakang.
Dengan tips ringkas yang diberikan, mudah-mudahan kita tidak perlu marah, gelabah atau geram lagi sekiranya kenderaan kesayangan kita dilanggar kenderaan lain.
Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar drpd kereta anda.Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada org lain dan harta benda awam.4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang melanggar anda tadi.5. Apabila pemandu kenderaan yang melanggar anda tadi keluar darrpada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi, kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kapada anda. Just bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain darrpada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.12. Terus pergi buat laporan di balai polis berhampiran.13. Dengan report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda tadi.14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan “third parti claim” untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.Patuhilah undang-ungang yang telah ditetapkan.
Sumber: Facebook Salkukhairi Abd Sukor