Tips Hebat: Kaedah Lipat Baju Paling Mudah, Cepat & Kemas!

Antara perkara yang sering dirungutkan di kalangan suri-suri rumah ialah berkenaan kerja-kerja melibat baju yang bertimbun di rumah.

Dengan pelbagai kerja rumah yang perlu dibereskan, tugas melipat baju dikatakan adalah satu tugasan yang agak leceh, "renyah" kata orang Kedah.

Apatah lagi kerja-kerja melipat kain baju boleh dianggap sebagai satu kerja rutin yang wajib dan perlu dilakukan bagi mengelakkan timbunan kain memenuhi ruang legar rumah.

Bagi yang terlalu sibuk dalam kerjaya pula, difahamkan terdapat servis melipat kain baju yang berlonggok di rumah yang diuruskan oleh beberapa buah syarikat di Kuala Lumpur.

Mungkin ada suri rumah yang sanggup mengupah syarikat berkenaan gara-gara ingin menyenangkan kerja-kerja rumah yang menimbun, bukan?

Namun, KedahNews.com ingin berkongsi satu cara mudah dan cepat melipat baju yang diyakini boleh dipraktikkan oleh isteri-isteri di rumah bagi menyelesaikan masalah pengurusan kain anda yang "semak mata memandang".

Saksikan dulu video di bawah...


Sangat mudah bukan? Cuba kira berapa saat yang diperlukan untuk melipat sehelai baju dengan kaedah ini. 3 saat? 4 saat? atau 5 saat sahaja bagi sehelai baju, bukan?

Lebih menarik, anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun wang anda dan kain baju anda sekeluarga akan kelihatan kemas teratur dengan hanya mempraktikkan kaedah ini.

Semudah A, B, C, anda pasti tersenyum mengetahui kaedah mudah sebegini bakal meringankan kerja-kerja seharian anda. -KedahNews.com