Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan.
Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda
tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang,
bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.
Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.
Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini
bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan,
bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut merupakan empat ciri penting penjagaan tayar kereta.
1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh,
jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat
saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua
peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul
di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar
itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan)
adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim
bersaiz 16 inci.
Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan
sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
2. Periksa tekanan angin tayar kereta.
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre
pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi
yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan
kepada tayar kereta anda.
Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku
3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)
Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat
servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan
tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan
dan dibelakang.
Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan
kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi
mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan
dan berada seimbang ketika memandu.
4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta
Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau
bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana
tayar depan yang memacu kenderaan anda.
Ini bagi mengelakkan daripada
berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang
memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini
dengan meletakkan tayar kereta dibelakang.
Sumber: Mynewshub.cc