Tolak Pekerja Bertudung: Permohonan Maaf Hamleys Dipandang Sinis Umat Islam

rosyamnoor

Tindakan Hamleys Malaysia memohon maaf kerana menolak permohonan kerja anak gadis pelakon terkenal Dato Rosyam Noor atas alasan bertudung tidak mampu menyelesaikan imej syarikat terbabit.

Rosyam pagi tadi meminta umat Islam negara ini memboikot kedai jenama permainan terkemuka dunia itu setelah syarikat terbabit di Malaysia meminta anak beliau membuka tudung jika mahu bekerja di premis mereka.

Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad, juga menganggap isu yang dibangkitkan oleh Rosyam Noor merupakan fenomena biasa di kalangan sektor swasta negara masa kini.


Hamleys merupakan antara penjual permainan yang popular di seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1760 di London dan membuka kedai pertama mereka pada 1881 di Regent Street, London. Mereka kini mempunyai cawangan di One Utama, Petaling Jaya.


Dalam satu kenyataan mereka di Facebook, Hamleys Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mendakwa ia merupakan keputusan seorang pekerja mereka bukannya polisi syarikat.

Salam Sejahtera Semua
Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.
Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.
Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.
Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan
Bagaimanapun rakyat Malaysia yang membanjiri laman Facebook mereka menganggap permohonan maaf dengan menyalahkan salah seorang pekerja mereka adalah tidak ikhlas dan berunsur “cover up”.

Ramai mempersoalkan bagaimana seorang pekerja boleh membuat kenyataans eperti itu jika ia bukan merupakan polisi pengurusan tertinggi syarikat terbabit.


Mereka juga mahu tahu apakah tindakan disiplin telah diambil ke atas pekerja yang membuat keputusan menolak pekerja wanita yang berhijab.


hamleys1
hamleys2

Sumber: Mykmu.net