"Tolong Tamatkan Riwayat Hidup Anak Saya..."

“Tolong tamatkan riwayat hidup anak saya,’’ itu rayuan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuannya yang berusia empat tahun.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa ibu bapanya tidak berhati perut dengan meminta anak mereka, Zhao Zihan mati.

Namun rayuan itu dibuat oleh mereka disebabkan tidak tertahan melihat penderitaan Zhao Zihan yang menghidap kanser di bahagian retina matanya.

Kanser itu telah menyebabkan bola mata kiri Zhao Zihan dibuang, dan sel-sel kanser berkenaan kini merebak ke bahagian leher.

Meskipun ibu bapanya telah membawa Zhao Zihan menemui doktor dan tabib, namun ia gagal mengubati kanser tersebut yang mula dikesan sejak dua tahun lalu.

Malah kanser itu merebak dengan cepat..

Bapanya, Zhao Lipeng, 27, berkata, mereka berharap agar dapat mencari hospital yang dapat membantu menamatkan riwayat anak mereka agar dia boleh meninggalkan dunia ini dalam keadaan tenang.

Dads Plea For Euthanasia For Daughter, 4, In Incredible Pain

“Kami tidak tahan lagi melihat penderitaannya. Anak saya sudah tiada harapan lagi dan semua doktor memberitahu penyakit ini tidak dapat diubati lagi,’’ katanya.

Ujar Zhao Lipeng, meskipun ia menyebabkan mereka sedih, namun dia tidak mampu melihat keadaan Zhao Zihan lagi.

Susulan itu mereka sedang mencari hospital yang menawarkan suntikan Euthanasia, iaitu merujuk kepada tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja.

Ia disebabkan seseorang itu tidak lagi dapat menahan penderitaan akibat penyakit berkenaan atau tiada penawar terhadap penyakit yang dialaminya. -Agensi