Twitter Arsenal |
Arsenal muncul kelab pertama Liga Perdana Inggeris mempunyai pengikut seramai lima juta dalam laman sosial Twitter.
Kelab dari utara London itu menyatakan dalam satu kenyataan media kelmarin, mereka berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai pasukan ketiga paling banyak mendapat sokongan di Twitter selepas Real Madrid dan Barcelona.
“Kami amat gembira kerana berjaya mengukuhkan kedudukan dengan mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari serata dunia.
“Apa yang penting ia terus berkembang dan kami sentiasa mencari pembaruan supaya dapat berhubung dengan penyokong dari segala aspek," kata editor pengurusan kumpulan media kelab itu, Richard Clarke.
Arsenal, yang berada di tangga keenam liga, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea, akan bertemu musuh setempat Queens Park Rangers, Jumaat ini. - Reuters