Baru-baru ini kecoh diperkata mengenai Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk
Dr Mashitah Ibrahim yang dikatakan mengkritik segelintir selebriti
hiburan tempatan yang "berhijrah" dan kemudian diberi jolokan "ustaz"
dan "ustazah".
Melabel golongan itu sebagai "ustaz ekspres" dan "ustazah jadian", Mashitah mempertikai pihak yang menjemput mereka di program-program agama ekoran bimbang para selebriti itu tersalah dalam memberi kenyataan atau pandangan mengenai Islam, khususnya hukum-hakam agama.
Mungkin kerana Mashitah merupakan seorang Ketua Wanita UMNO, maka dia dikecam hebat atas kenyataan tersebut oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, termasuk beberapa selebriti yang "terasa pedas" dengan label "ekspres", "segera" dan "jadian" itu.
Ada yang mempertikai tentang keutamaan isu yang lebih wajar diperbahas wakil Wanita UMNO Baling di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang baru berakhir itu dan ada pula yang berkata Mashitah tidak wajar melabel selebriti yang telah "berhijrah".
Soalnya, apakah teguran Mashitah itu merupakan satu kesalahan? Apakah beliau tiada kreadibiliti untuk menegur? Apakah beliau tiada hak untuk bersuara bagi menjamin umat Islam tidak terpengaruh dengan fatwa yang salah?
Sebagai seorang muslimah yang berpendidikan agama, berjawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan memegang amanah untuk mengendalikan port folio hal ehwal agama Islam, khususnya bekerjsama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadi, Mashitah tahu tentang selok belok kewajaran bagi seseorang itu untuk berada di pentas agama, terutama berkenaan pentauliahan seorang guru agama yang diberi kebenaran untuk menyebar dakwah dengan ilmu Islam sebenar atau tidak.
Mungkin jika tidak cukup ilmu, maka seorang "ustazah jadian" cenderung memesongkan akidah, tersalah menetapkan hukum-hakam dan lebih teruk mengotorkan agama Islam dengan fahaman politik yang sering "menghalalkan cara demi matlamat".
Misalnya, pernah seorang selebriti "ustazah jadian" yang selalu dijemput berada di pentas agama mengeluarkan "fatwa" mengatakan seorang lelaki itu kafir sekiranya dia memakai seluar pendek lebih dari tiga kali. Boleh diyakini "fatwa" berkenaan?
Justeru itu, Mashitah layak dan berkreadibiliti untuk menegur "ustaz ekspres" dan "ustazah jadian", bukan? Jadi mengapa mengkritik dan menghentam teguran yang sememangnya benar?
Sebetulnya, tidak salah bagi sesiapa pun untuk "berhijrah" ke arah Islam. Baguslah berhijrah ke jalan yang diredhai Allah SWT. Namun jika ilmu baru sejengkal, kefahaman Islam masih kabur dan masih "mentah" untuk bercakap mengenai Islam, lebih baik hadir sebagai jemaah.
Tidak perlulah berada di atas pentas yang layaknya wajar diberikan kepada ilmuan Islam yang lebih muktabar, terpelajar, mahir dengan kitab-kitab Islam dan fasih dalam memberikan hukum-hakam agama dengan tepat. Selebriti yang baru berhijrah tak payahlah...
Tapi kalau mahu berkongsi pengalaman penghijrahan dan hidayah menuju ke jalan Allah SWT, mungkin selebriti itu wajar diberi peluang untuk berbicara di pentas. Cuma, janganlah melampau sampai lagaknya seperti seorang "ustaz" dan "ustazah", kan?
Mashitah hanya meluahkan rasa risau tentang kebejatan ilmu dan kreadibiliti selebriti yang baru berhijrah untuk bercakap mengenai Islam serta hukum-hakam agama di pentas. Perkara yang dikhuatiri itu pernah berlaku dan beliau wajar memberi teguran.
Demi Islam, tolonglah buang sentimen politik. Bangsa lain sanggup mengenepikan fahaman politik dan bersatu bila masuk ke "dewan perniagaan" khsusunya apabila berbincang mengenai agama dan kepentingan kaum mereka.
Malangnya, teguran Mashitah itu dipandang negatif gara-gara fahaman politiknya. Sedangkan beliau menegur dan bersuara demi kepentingan umat Islam di negara kita. Kenapa susah sangat untuk memandang positif dan lebih suka bersikap prejudis bertuhankan politik?
Tapi umat Melayu Muslim masih lagi jauh ketinggalan di belakang dan enggan membuang ego politik walaupun demi kepentingan Islam. Bila kita nak berubah agaknya? Kiamat nanti? -Amir Hamzah/UtaraNews.com