Video: Dari "Casing Handphone" Ke Jinjang Pelamin...

Tidak dinafikan juruvideo perkahwinan pada masa kini semakin kreatif dan bijak dalam merencanakan perjalanan cerita yang menarik untuk pasangan pengantin.

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi mengenai video post wedding ala-ala video klip Korea, kali ini kami kongsikan video pra perkahwinan ala-ala drama Melayu pula.

Berdurasi 3:49 minit, video ini menceritakan semula detik-detik pertemuan pasangan suami-isteri, Syed dan Eyfa hasil garapan Rio Production.

Ia dimulakan dengan cubaan si teruna memikat si gadis yang pada mulanya jual mahal, sehinggalah cinta bertaut antara mereka sebelum dia melamarnya dengan cara yang cukup unik iaitu melalui casing telefon bimbit.

Pada masa yang sama, pemilihan rakaman dari sudut yang menarik juga menambahkan sisi romantis kisah mereka.


Post by Rio Production.

Sumber: Mynewshub.cc