Pada permulaan video ini, dilihat si pelaku seperti seorang yang
begitu penyayang pada kucing yang dipegangnya tetapi semuanya hanya
penipuan yang kejam dan zalim.
Lelaki yang berbadan gempal itu tergamak menyeksa kucing itu dengan
memasukkannya ke dalam mangkuk tandas sebelum menekan ‘flush’ dan
menutup mangkuk tandas itu.
Kedengaran jelas kucing itu meronta-ronta di dalam mangkuk tandas mungkin mahu mengelak dari lemas.
Lebih kejam, selepas selesai diflush, kucing itu dibiarkan di dalam mangkuk tandas dan pintu tandas dikunci.
Memang cetek pemikiran diaorang ni sehingga sanggup memperlakukan kucing yang comel dengan perlakuan yang sebegitu.
Video itu dikongsi di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman hebat
dari mereka yang melihat kekejaman lelaki yang berbadan gemuk itu.
Mereka juga berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat
mengesan dan memberkas lelaki durjana ini kerana menyeksa binatang tanpa
rasa belas kasihan.
Video viral kekejaman itu juga dipercayai sudah disebarkan secara
meluas demi mencari lokasi di mana lelaki durjana itu berada bagi
memudahkan pihak berkuasa mencari dan memberkas lelaki ini.
Tak ada sebab pun kucing tu boleh jadi mangsa begitu.
Sumber: Mynewshub.cc