Video: Terlalu Seksi, Model Ditampar Penonton Secara LIVE! (Padan Muka...)


Seorang model, Gauhar Khan terpinga-pinga selepas dia ditampar oleh salah seorang penonton dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di televisyen di India, baru-baru ini.

Penonton berkenaan Akil Malik, 24, berbuat demikian kerana marahkan model itu yang berpakaian terlalu mendedahkan aurat.

Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan naik ke pentas lalu menampar muka Gauhar yang ketika itu sedang menyampaikan satu anugerah.

tampar1

Ketika kejadian terdapat 2,500 penonton yang hadir menyaksikan rancangan berkenaan.

Tamparan wanita itu menyebabkan Gauhar terkejut dan menangis, namun dia kembali semula ke atas pentas sejam selepas insiden tersebut.

Menurut polis, Akil melakukan perbuatan demikian kerana marah dengan tindakan Gauhar memakai pakaian tersebut.

“Sebagai seorang wanita Islam, dia tidak sepatutnya memakai pakaian yang mendedahkan aurat,’’ itu penjelasan yang diberikan oleh Akil kepada polis selepas wanita itu ditangkap.

Akil didakwa di mahkamah di bawah seksyen 354, kanun acara jenayah India. -Agensi