Ada sesetengah pihak di kalangan rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan sentimen negatif sehingga tergamak memalukan diri sendiri di laman-laman sosial.
Jika kejahilan dan pemikiran yang lemah itu hanya dilihat oleh keluarga terdekat sahaja, mungkin ia boleh dikira "cincai" sahaja. Maklumlah, adik beradik....
Tapi kalau sampai memalukan diri sendiri dan negara hingga melibatkan peringkat antarabangsa, serta dikomen dengan persepsi buruk melibatkan seluruh rakyat Malaysia, apakah ia boleh diterima?
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila pihak tertentu yang berkepentingan politik cuba mengaitkan insiden pesawat milik Air Asia QZ8501 yang baru-baru ini dilaporkan hilang itu dengan kerajaan Malaysia.
Lebih buruk lagi, pihak yang dipercayai "cyber troopers" dan "keyboard warriors" pihak tertentu itu turut memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan insiden berkenaan.
Sangat memalukan apabila sikap "macai-macai politik" itu ditertawakan warga Indonesia yang melihat kenyataan bodoh seperti itu dikeluarkan oleh rakyat Malaysia!
Perlu diingat bahawa Islam sama sekali tidak mengamalkan "matlamat menghalalkan cara" dan perilaku yang ditonjolkan itu jelas bertentangan dengan akhlak Islam yang disampaikan Rasulullah SAW.
Ikut sukalah nak sokong politik mana sekali pun. Tapi tolonglah pastikan sokongan itu berlandaskan hukum-hakam Allah SWT dan tidak menjejaskan nama baik Islam, bangsa dan negara, kan?
Janganlah hanya Islam pada nama sahaja, tapi tindakan dan akhlaknya lebih menjurus pada sikap Yahudi laknatullah, kan?
Islam itu indah dan suci. Mohon jangan cemarkan agama Allah di bumi bertuah ini... - Kedahnews.com