Setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian
Television Awards 2014 (ATA 2014) pada 11 Disember lepas, bakat pelakon
cilik Putri Balqis Azizi kini mula diberi perhatian produksi terkemuka
antarabangsa.
Menurut bapanya, Azizi Aziz, 36, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney
Asia Tenggara, Robert Gilby telah menyatakan minat beliau untuk
menyunting Putri Balqis menyertai saluran berkenaan.
“Alhamdulillah kesabaran dan
kesungguhan selama ini mula menampakkan hasil apabila kami didatangi
pelbagai pihak yang ingin mempelawa terlibat dalam projek mereka.
“Selain saluran Disney, kami juga disapa beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia yang meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut.” katanya yang dipetik dari mStar.

Mengimbas kembali kejayaan Putri Balqis, namanya mula dikenali
setelah membintangi telefilem berjudul Balqis arahan pengarah prolifik,
Erma Fatima.
Balqis kemudiannya dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada
Anugerah Skrin (ASK) 2014 pada 11 November lalu, sebelum menggondol
trofi sama di ATA2014.
Di ATA 2014 Balqis berjaya menumpaskan calon-calon hebat lain
dari serata Asia, iaitu Joan Chen (Singapuran), Tien Hsin (Taiwan),
Kristin Tin (Hong Kong) dan Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).
Walau bagaimanapun, menurut Azizi, dalam keterujaannya dihujani
pelbagai tawaran, dia akan memastikan ia sesuai dengan anaknya serta
tidak menganggu jadual pembelajaran.
“Bukan ingin bersikap ‘demand’ tetapi
realitinya dia masih kecil dan saya tidak mahu dia berasa tertekan namun
jika dia sanggup untuk lakukan sebarang projek tanpa mengabaikan
pembelajaran saya bersikap terbuka.
"Bagaimanapun, alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tak pernah mengabaikan pelajarannya.” katanya. -Kedahnews.com
"Bagaimanapun, alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tak pernah mengabaikan pelajarannya.” katanya. -Kedahnews.com