"Wira Muda" Kebanggaan Pakatan Rakyat Ini Syiah?

Susulan berita mengenai kehadiran bendera Malaysia di Karbala, Iraq untuk sambutan Arbain oleh pengikut Syiah yang berakhir kira-kira tiga hari lalu, hari ini seorang aktivis mahasiswa yang kontroversi dilihat sebagai mengagung-agungkan fahaman berkenaan.

Khalid Ismath sebelum ini pernah heboh didakwa sebagai salah seorang penganut faham Syiah ekoran kemaskini laman sosial cenderung kepada pemujian fahaman sesat itu.

Pada 2012, sebuah laman blog pernah memaparkan gambar Khalid menulis di laman Facebooknya kata-kata pujian kepada tokoh Syiah ialah Ayatullah Khoemini.

“Tidak ada sudah selain darimu yang bisa membuatkan aku tenang selepas melihat raut wajahmu, kau pewaris baginda SAW, kau pewaris Imamnya Ali dan seluruh Imam-imam yang suci,” kata Khalid di laman Facebooknya pada masa itu.

khalid3

Sabtu lepas, di laman Facebooknya, Khalid dilihat mengagungkan perayaan Arbain yang diraikan penganut Syiah di Karbala bagi meratapi pemergian cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussein namun digelarkan Imam Hussain di kalangan penganut Syiah.

Turut disertakan ialah kata-kata pujian seperti dia juga meratapi kematian berkenaan.

Sumber yang diperolehi Khalid ialah dari seorang penulis novel Faisal Tehrani yang juga pernah dikaitkan sebagai penganut faham Syiah.

KhalidArbain_2

Biarpun tidak diketahui secara rasmi bahawa Khalid adalah penganut Syiah tetapi di laman Facebook, dia pernah memberikan komen di laman berkenaan ketika bertegang leher berkenaan isu Syiah bahawa dia memang seorang Syiah.

Khalid Ismath Mengaku Syiah

Berkenaan perayaan di Karbala, tanda tanya timbul apabila dalam kira-kira 17 juta manusia faham Syiah yang hadir meraikan Arbain kelihatan beberapa bendera Malaysia dikibarkan di sana.

Persoalannya, siapakah yang membawa bendera Malaysia ke Iraq untuk sambutan berkenaan kerana di Malaysia memang difahami fahaman Syiah turut dianuti segelintir rakyat Malaysia.

 Malaysia pada dasarnya di sebuah negara Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut mazhab Imam Shafie. 



Sumber: Mynewshub.cc