Zizan, Emma Maembong Dah Putus Cinta?

Macam tak percaya pula dengan penulisan seorang wartawan sebuah akhbar harian yang mengatakan perhubungan cinta di antara pelawak popular, Zizan Razak dan buah hatinya, Emma Maembong sudah berakhir.

Khabarnya hubungan pasangan ini sudah berakhir dan Emma dikatakan mula bermain cinta dengan pelakon lelaki yang juga sudah kembali solo sejak beberapa bulan lalu iaitu Kamal Adli.

Memetik tulisan wartawan tersebut...
“Dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand dan Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. 

Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Itu buang karan namanya”.

“Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan-akan dia berada dalam mood kecewa dan cuba bertenang,”
Hmm, harap-haraplah ini cuma khabar angin je, sebabnya rasanya ramai peminat mereka pastinya akan berasa kecewa sekiranya benar cerita ini seperti yang dicoretkan oleh penulis tersebut. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc