Cerita dari ruangan gosip hiburan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa hubungan antara pelakon dan pelawak Zizan Razak dengan
aktres Emma Maembong sudah berakhir disangkal sepantas kilat dinafikan tuan empunya diri.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, menerusi laman
Instagramnya menjelaskan kepada peminat bahawa status percintaan mereka hingga kini tidak mempunyai sebarang
masalah seperti dilaporkan akhbar itu.
“Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia
yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua,” tulis Zizan di laman sosial tersebut
Laporan itu turut menyebut pasangan itu yang dikatakan renggang sejak
sebulan lalu.
Lebih dramatik lagi, penulis ruangan gosip itu juga mendakwa Emma sudah mempunyai pengganti
Zizan iaitu pelakon Kamal Adli yang juga pasangannya dalam drama bersiri
Syurga Tanpa Cinta.
Dalam pada itu, dalam status yang sama, Zizan turut menulis secara terbuka bahawa dia sangat menyintai
Emma dan memberitahu gadis itu sentiasa berada di hatinya.
“Emma Maembong sentiasa saya cintai. You always in my heart,” ujarnya.
Emma pula dalam reaksinya terhadap gosip tersebut turut menulis di laman Instagram miliknya dan meminta peminat tidak percaya pada gosip berkenaan selain turut memuat naik gambar terkini pasangan itu sedang
berjalan berdua. -Kedahnews.com