10 Tips Terbaik Memilih Barang Permainan Anak-Anak


Anak-anak sememangnya tertarik bermain dan sering meminta barang permainan tidak kira tempat sama ada ibu bapa berkunjung ke pusat membeli-belah mahupun pasar malam.

Ada yang merengek, ada yang menghentak kaki, ada yang menangis. Paling teruk bila mereka menangis sekuat hati sambil berguling di atas lantai pasaraya atau medan pasar malam. Boleh "biru" dan "merah" muka ibu ayahnya, kan?

Bagaimana pun, atas dasar kasih sayang, ibu bapa selalunya akan menunaikan kehendak anak tersebut.

Tapi bagaimanakah caranya untuk memilih alatan permainan yang baik untuk anak-anak kita?


Di bawah ini, Kedahnews.com kongsikan beberapa tips berguna untuk golongan ibu bapa memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak mereka;

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.

2. Elakkan dari membeli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk kanak-kanak di bawah tiga tahun.

3. Pilih permainan yang berteraskan aktiviti kecergasan seperti “baby gym” yang boleh merangsang fizikal dan deria.

4. Dapatkan permainan yang mempunyai permukaan dan bucu yang tidak tajam.

5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian kecil atau mudah tertanggal. Kebiasaanya bayi cenderung memasukkannya kedalam mulut dan boleh mengakibatkan tercekik.


6. Elakkan permainan yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi kerana dikhuatiri akan meracun kanak-kanak.

7. Kenal pasti berat permainan yang dibeli agar bersesuaian dengan anak kecil. Hal ini kerana bimbang boleh mendatangkan kemudaratan jika terjatuh.

8. Pastikan keadaan fizikal anak-anak bersesuaian dengan alat permainan yang dibeli. Kebiasaanya ibu bapa akan membeli alat permainan yang lebih besar agar dapat digunakan lebih lama. Hal ini boleh mendatangkan kecederaaan kepada anak-anak dan memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari orang dewasa.

9. Elakkan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.

10. Paling penting, sentiasalah bersama anak-anak ketika bermain. Ia bukan sahaja dapat memastikan keselamatan anak-anak, malah dapat mengeratkan hubungan dan anak-anak akan rasa lebih dihargai.

Bagaimana? Selamat milih permainan anak-anak! -Kedahnews.com























Sumber asal: Keluargabaru.com