Gambar Hiasan |
Meskipun pihak komunis telah menandatangani perjanjian meletak senjata dalam perjanjian Hadnyai sekitar tahun 1989 dahulu, namun rakyat di negara ini masih dibayangi aktiviti jenayah bersenjata yang semakin menjadi-jadi sejak akta ISA dimansuhkan.
Terbaru dilaporkan tentang penemuan tiga butir bom tangan termasuk 76 butir peluru hidup dan tiga kelopak
peluru yang disorokkan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah
premis kosong di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, di Georgetown, Pulau Pinang.
Memetik BH Online, tiga orang pekerja pembersihan alat penghawa dingin menemui bom dan peluru hidup itu sebelum melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash
Wahid berkata, insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira jam 9 malam apabila seorang
lelaki berusia 65 tahun menemui beg hitam di belakang kompresor alat
penghawa dingin berkenaan.
Katanya, lelaki itu kemudiannya telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong.
Menurut sumber itu lagi, premis terbabit sebelum ini digunakan sebagai salon rambut
di tingkat satu itu sudah dikosongkan sejak beberapa bulan lalu.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bom dan peluru berkenaan
masih lagi aktif dan ketika diperiksa premis berkenaan kosong tiada
penghuni.
"Siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti pemilik
premis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Senjata Api 1972,” katanya yang dipetik dari akhbar online berkenaan. -Kedahnews.com