9 Mati Tercekik Makan Kek Pulut Ketika Sambutan Tahun Baru


SEMBILAN orang dilaporkan meninggal dunia di Jepun selepas tercekik ketika menjamah sejenis kek pulut tradisional, Mochi ketika meraikan sambutan tahun baharu 2015.

Menurut akhbar Yomiuri Shimbum, sembilan orang disahkan meninggal dunia Jumaat lalu dan 13 yang lain kini berada dalam keadaan kritikal.

Tradisi masyarakat di sana, mereka sekeluarga biasanya akan memasak sup ozouni dan meletakkan mochi ke dalam sup sayur-sayuran itu.

Sehubungan itu, pihak bomba telah menasihatkan orang ramai terutamanya warga tua dan kanak-kanak agar memotong mochi kepada kepingan kecil sebelum menjamahnya. -Agensi