PELAKON terkenal, Aaron Aziz dilaporkan dimasukkan ke pusat perubatan baru-baru ini kerana tidak tahan sakit leher yang dialaminya.
Kenyataan tersebut disahkan oleh isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik melalui muat turun gambar bersama kapsyen menerusi laman akaun Instagramnya.
Menurut Diyana, Aaron bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court di ibu kota untuk mendapatkan rawatan sejurus selepas tamatnya tayangan perdana sebuah filem lakonannya.
Katanya, Aaron dibawa ke pusat rawatan tersebut kerana tidak tahan menderita sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.
“Di sebalik senyuman itu sebenarnya tersingkap seribu kesakitan. Kesian sayangku tahan sakit.
“Tolong berehat dan baring saja ya. Saya akan datang semula bila kerja saya sudah habis. Tolong pakai penyokong leher ya,” katanya seperti yang dipetik dari kapsyen sebuah gambar yang dimuatnaik menerusi laman sosial itu.
Difahamkan, hero filem Ombak Rindu ini sebenarnya sering mengalami sakit di lehernya sejak terlibat dengan sebuah kemalangan sewaktu penggambaran rancangan Fear Factor beberapa lama dahulu.
Buat masa sekarang, Aaron telah diberikan suntikan penahan sakit untuk melegakan sakit yang dialami.
Menurut Diyana lagi, pihaknya sudah menyusun jadual untuk mengatur rawatan susulan dengan doktor.

Sumber: Sinar Harian